Assalamualaikum..
Dengan nama Allah, segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..
Batch 22 telah selamat mendaftarkan diri di kampus Melaka 2 minggu yang lepas. Terpancar muka yang excited dan semangat berkobar-kobar di muka adik-adik. Seperti biasa, beberapa aktiviti telah dijalankan sempena meraikan kedatangan mereka. Alhamdulillah, segala yang dirancang telah berjaya dijalankan. Terima kasih diucapkan kepada Hawariyyun, Saifunnisa, Badar 313, dan core group Batch 21..
Aktiviti Pertama (22 September 2010)
Pada malam itu, senior dan junior berpeluang untuk berkongsi pengalaman tentang perjalanan kehidupan di kampus Melaka. Senior juga tidak melepaskan peluang bertanyakan khabar bumi Manipal yang dirindui. Di samping itu, juadah hari raya seperti ketupat, rendang, lodeh, dan lain-lain lagi dihidangkan sebagai alas perut. Masa berjalan dengan begitu pantas. Lucky draw dan sesi gambar beramai-ramai telah dilakukan sebagai penutup tirai malam itu..
Cenderahati yang comel..(**,)
Aktiviti 2 (24 September 2010)
Bowling time! Senior dan junior telah berganding bahu di dalam kumpulan masing-masing untuk meraih gelaran juara. Hehe, semua peserta kelihatan berpulun untuk melakukan 'strike'. Walaupun kepenatan ber posting di sesi pagi, senyuman masih terukir di wajah mereka..
Semangat senior dan junior..(~,^)
Aktiviti 3 (29 September 2010)
Aktiviti yang paling digemari iaitu makan ikan bakar di Sungai Duyung yang merupakan makanan popular di negeri Melaka. Alhamdulillah, makanan pada malam itu sungguh enak sehingga menjilat jari. Huhu..
Sangat sedap..(^^,)
P/s : Aktivit seterusnya akan dijalankan tidak lama lagi. Diharap adik-adik dapat menyertainya nanti. Hope to meet you guys soon, insyaAllah..=)
No comments:
Post a Comment