Wednesday, November 21, 2012

Tentang Rasa

Dengan nama Allah, segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..

POST FINAL MBBS RESULT (MAC 2012)

Air mata berguguran taktala jari-jemariku menekan papan kekunci. Terasa ingin berkongsi tentang rasa hati hambaMu ini yang sedang berjuang melawan emosi yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Sebagai tatapan sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang amat dirindui.

Syukur padaMu Ya Allah di atas nikmat yang tidak terhingga yang dapat kurasai hingga kini, nikmat Iman dan Islam. Sentiasa dikelilingi bulatan kegembiraan dan dicurahi dengan daurah yang tidak pernah penat menerjah kehidupanku, menjadikan hatiku sentiasa basah dengan mengingatiMu Ya Allah. Aku sentiasa berdoa agar diriku dan sahabat yang dirindui terus tsabat dijalan ini. Banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan sebenarnya untuk mencapai redhaMu Ya Allah. 

Alhamdulillah,hampir 2 bulan telah berlalu sejak mendapat keputusan final exam yang lalu. Terasa seperti baru semalam berita itu sampai ke telingaku. Acap kali apabila aku terfikirkannya terdetik dalam hatiku adakah semua ini berlaku kerana kesilapan diriku? Tetapi aku tahu semua ini adalah yang terbaik untukku daripada Dia Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada hambaMu.

Semakin hari aku semakin merasakan diriku begitu kerdil di bumiMu ini Ya Allah. Aku perlu kuat untuk mengatasinya kerana Allah tahu aku mampu menghadapinya. Dan aku mula belajar erti redha yang sebenarnya dan ini pengalaman yang cukup bermakna bagiku.

Jazakumullah khairan kathira, hanya ucapan ini dan doa yang mampu ku titipkan kepada keluargaku,dan orang yang mungkin jauh tetapi sentiasa dekat di hati, Mus dan keluarga, sahabat-sahabatku, Hawariyun serta kakak-kakak naqibahku di atas segalanya.





POST FINAL EXAM HOLIDAY (SEPTEMBER-NOVEMBER 2012)
Alhamdulillah di atas segalanya Ya Allah, telah banyak yang aku belajar daripada pengalaman berharga ini. Mungkin segala apa yang berlaku sepanjang tempoh waktu yang singkat ini adalah sebagai titik tolak kepadaku untuk mendekatkan diri padaMu. Setiap hati manusia itu Allah yang pegang. Dan sekali lagi aku belajar erti redha.

Tetapi, manusia itu imannya ada naik dan ada turunnya.

Kita hanya manusia biasa, punya impian  untuk sesuatu yang indah, yang mungkin kita lihat begitu mudah untuk orang lain mengecapinya, tetapi sukar untuk kita. 

Kita hanya manusia biasa, punya perasaan untuk menyayangi dan disayangi, yang mungkin kita lihat begitu mudah untuk orang lain merasainya mahupun meluahkannya, tetapi sukar untuk kita.

KERANA KITA HANYA MANUSIA BIASA

Ingatlah bahawa Allah meninggalkan manusia dengan ayat-ayat cintaNya melalui al-Quran, kerana dengannya pasti kamu tidak akan merasa sedih lagi, dan jikalau kamu hendak berbicara dengan Allah, bangunlah menghiasi malam-malammu dengan sunat tahajud, kerana dengannya pasti kamu akan merasa kuat.

Ingatlah bahawa Allah mengurniakan manusia dengan ikatan persaudaraan yang sangat utuh iaitu ibu bapa, adik beradik, dan sahabat handai, kerana dengannya pasti kamu tidak akan merasa sunyi lagi.

KERANA KUASA ALLAH ITU LUAR BIASA

Bersyukurlah dengan apa yang kamu ada. Kamu akan merasa bersyukur sekiranya kamu fikirkan apa yang kamu ada, daripada memikirkan apa yang kamu tiada.







Kerana itu juga, ingatlah kamu tentang saudara kamu di Palestin, Syria, Rohinga, mahupun saudara Muslim di mana sahaja, yang dugaan mereka jika hendak dibandingkan dengan apa yang kita lalui, bezanya sangat besar skali. Bagaimana ahli keluarga mereka yang tercinta mungkin dibunuh setiap hari, tetapi mereka tetap berpegang teguh dengan janji Allah dan menjadikan mereka lebih kuat. Subhanallah, mari kita sama-sama mendoakan saudara kita di sana.




PRE INDUCTION (END OF NOVEMBER 2012)

Perasaan bercampur baur, gembira, takut, risau semuanya ada. Risau menantikan keputusan untuk penempatan bekerja. Gembira untuk bekerja, memberi rezeki yang halal kepada keluarga insyaAllah dan menimba ilmu yang berkat. Takut untuk bekerja, kerana perlu berurusan dengan orang sekeliling yang mungkin mempunyai 'high expectation'.

"Ya Allah, semoga Engkau redha atas segalanya dan semoga Engkau permudahkan segala urusan dunia akhirat kami, dan kami mengharapkan pengakhiran yang baik. Amin Ya Rabbal alamin. "




Thursday, April 12, 2012

A Beautiful Story..

Dengan nama Allah, segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..

Hidayah Allah boleh datang pada bila-bila masa sahaja, pada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Yang penting apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa dan berusaha untuk memperolehinya disertai dengan niat semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah.

There's one beautiful story i've read recently from the internet. MasyaAllah, it makes you realized how much Allah loves people who really seek Him. Allah will guide you in every single step you take in your life. We should start imagine our situation one day when we become doctors, how we would take every precious moments with the patients in a way to make us closer to Allah. InsyaAllah..


~Ihfazillah Yahfazka~

"Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jagalah Allah nescaya engkau akan dapatinya mengukuhkanmu. Bila engkau meminta, mintalah kepada Allah, Bila engkau memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah. Ketahuilah bahawa jika segala umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat bagimu atau memudaratkan bagimu, maka mereka tidak akan dapat memudaratkan kamu dengan sesuatu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah kepadamu."
(Hadis RIwayat al-Tirmidzi)


Saturday, April 7, 2012

Saturday, October 8, 2011

Di Bawah LangitMu

Di Bawah Langitmu
Bersujud Semua
Memuji Memuja Asmamu
Dan Bertasbih Semua

Makhlukmu Tunduk
Mengharap Cinta Dan Kasihmu

Cahaya Ilahi
Hangatnya Di Hati
Di Langkah Sejuta Wajah
Terbata Penuh Salah
Jalani Sang Hidup
Terluka Terhempas Berdosa

Hitam Putih Jalan Hidup
Pahit Getir Warna Dunia
Tangis Tawa Rasa Hati
Terluka Atau Bahagia
Rasa Bangga Sementara
Setiap Duka Tak Abadi
Semua Wajah Kan Diuji
Pada Allah Kita Kan Kembali

http://www.youtube.com/watch?v=OLo_-HEu70c&feature=related


Thursday, October 6, 2011

Final Year..

Dengan nama Allah, segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..

A few months left, (about 100++ days) for us before we sit for our P2S2 exam. Many things keep on coming to our mind, how we are going to study all the subjects, which hospital we have to choose for our HO's time, etc. It keeps on haunting all of us I think.

But at the end, we have to bear in mind that all of these has been planned by Allah. What we have to do is just be with the flow, believe in Allah as Allah is the BEST planner. Stay focus and keep yourself near to Allah. As Allah has mentioned in Al-Quran:

وَإذَا سَأَلَكَ عِبَادِي عَنِّي فَإِنّي قَرِيْبٌ أُجِيبُ دَعْوَةَ الدَّاعِ إذَا دَعَانِ فَلْيَسْتَجِبُوا لِي وَلْيُؤْمِنُوا بِي لَعَلَّهُمْ يَرْشُدُونِ
Sahih International
And when My servants ask you, [O Muhammad], concerning Me - indeed I am near. I respond to the invocation of the supplicant when he calls upon Me. So let them respond to Me [by obedience] and believe in Me that they may be [rightly] guided.

Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku, maka (beritahu kepada mereka) : Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila dia berdoa kepada-Ku. Maka hendaklah mereka menyahut seruanKu (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka mendapat petunjuk.” (Al-Baqarah:186)
InsyaAllah.

Sharing some of the photos, best friends for 5 years. Hope all of us can pass with flying colours.

Do pray for us. May Allah ease our journey in this life and hereafter.


Usrati, Hawariyyun..(^^.)



Sisters in Melaka..(**,)



Best friends and housemates..(~,^)

Tuesday, April 12, 2011

Mampukah Kita?

Dengan nama Allah, segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..

Sudah agak lama tidak menjenguk blog ini, tetapi rajin pula mengintai blog-blog sahabat yang lain. Huhu, mungkin merindui mereka. Hati terasa kosong di kala cuti semester yang panjang ini, mungkin diri ini juga merindui usrah. Merindui khatirah, merindui butir-butir mutiara kata daripada seorang murabbi..

Teringin berkongsi satu kisah seorang pemuda yang merupakan sahabat Rasulullah yang mempunyai misi dan visi yang agung. Hati begitu terkesan apabila mendengar kisahnya buat pertama kali daripada Kak Sumayyah. air mata jatuh berguguran memikirkan mampukah diri ini menjadi sepertinya, seorang pemuda yang begitu bertakwa kepada Allah dan sentiasa bercita-citakan syurga..

Itulah Tha'labah bin Abd Rahman..





Aku seorang insan yang sedang bermujahadah agar DIA ada di hatiku. Aku telah memulakan langkah untuk mencintaiNya.

Ya Allah, bantulah hamba-hambaMu ini agar sentiasa berada di bawah naunganMu. Ya Allah, tetapkanlah iman kami agar kami dapat merasai syurgaMu.

Make Me Strong

Dengan nama Allah, segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..

Allah knows the BEST..
Don't ever give up, don't ever lose hope..

Allah berfirman;
"Dan sungguh, kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya"
(Qaf: 16)

Sesungguhnya Allah amat dekat dengan hamba-hamba yang tidak pernah jemu mendekatkan diri kepadaNya.

Ya Allah, please make me strong..