Friday, October 8, 2010

Masam Manis Kehidupan..

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah, segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..

Alhamdulillah, syukur kepadamu Ya Allah kerana masih memberi peluang kepada hambaMu ini untuk hidup di atas muka bumi ini, dengan nikmat yang tidak terhingga. Sudah agak lama tidak mengupdate blog, dek kerana sibuk menguruskan urusan rumah baru dan juga posting yang berbeza di antara kami semua, menyebabkan kami semua jarang bersua muka.

Akhir September lalu, kami berpeluang menyambut hari jadi Raidah dan Shaarehan. Hehe, 2 in 1. Pada mulanya, kami merancang untuk pergi ke Taman Seribu Bunga tetapi tergendala kerana hujan lebat. Alhamdulillah, kami berjaya meraikannya di Gazebo dengan penuh sederhana. Sangat gembira kerana dapat berkumpul beramai-ramai dan makan bersama-sama.

Banyak perkara berlaku sepanjang 2 bulan ni. Di antaranya, Amal, Hali, and Kak Pah telah berpindah ke rumah baru. Penat mengangkat barang yang sangat banyak dan mengemas bilik terasa selama 2-3 hari. Hehe, terasa sunyi apabila berpindah luar, selalunya dikelilingi riuh rendah kawan-kawan di hostel. Seronok juga dapat berkenalan dengan senior di rumah baru, Iwa dan Nana. They're very friendly. Hopefully, berpindah ke rumah baru dapat melahirkan semangat baru untuk prepare for P2S1 yang bakal menjelma. InsyaAllah..=)

Posting Ophthmology untuk 4 minggu berlalu dengan pantas. Stress dapat dirasakan, huhu mungkin kerana banyak assiganment dan presentation. Tetapi, banyak perkara baru dapat belajar. Pada mulanya untuk menguasai skill melihat fundus yang sangat kecil terasa susah, lama kelamaan setelah rakan-rakan menjadi mangsa untuk percubaan, alhamdulillah ianya menjadi senang. Terima kasih ye kawan-kawan..

Sabda Rasulullah saw yang bermaksud;

Demi Allah yang jiwaku di tanganNya! Tidaklah Allah memutuskan sesuatu ketentuan bagi seorang Mukmin melainkan mengandungi kebaikan baginya. Dan tiadalah kebaikan itu kecuali bagi Mukmin. Jika ia memperoleh kegembiraan dia berterima kasih bererti kebaikan baginya, dan jika ia ditimpa kesulitan dia bersabar bererti kebaikan baginya.
(Riwayat Muslim)

Hati tersentuh apabila membaca hadis ini. Ya Allah Ya Tuhanku, kuatlah semangat hamba-hambamu ini. Sesungguhnya Engkaulah tempat kami berlindung dan memohon pertolongan. Congratulations to Batch 19 yang berjaya, dan kepada yang lain, jangan berputus asa dan kuatkan semangat anda. Allah will always be there for you..


P/s : About four months to go for our P2S1. Have to start revising from now on. Mari berusaha kawan-kawan..(^^,)




1 comment: