Bersyukur padamu Ya Allah kerana memberi peluang kepada hambamu ini untuk merasai nikmat kemanisan dalam persahabatan.
Semoga kita semua terus berada di atas jalan ini untuk mendapat keredhaanNya, insyaAllah.
Menurut hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Tiga macam orang yang mendapat kemanisan iman; iaitu orang yang mengasihi Allah dan Rasul-Nya melebihi rasa kasihnya kepada yang lain, yang mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah dan yang membenci kepada kekufuran setelah ia diselamatkan dari kekufuran sama seperti dia benci untuk melompat ke dalam api."
Ukhwah fillah. (^^,)
syukran Ya Allah...berkati persahabatan kami..ameen^_^
ReplyDeleteDalam hadis Nabi s.a.w bersabda: “Sesungguhnya dari kalangan hamba-hamba Allah adanya golongan yang mereka bukan para nabi, atau para syahid. Namun para nabi dan para syahid cemburu kepada mereka pada Hari Kiamat disebabkan kedudukan mereka di sisi Allah”. Para sahabat bertanya: “Wahai Rasulullah! Beritahulah kami siapakah mereka?”.
Jawab Nabi: “Mereka itu golongan yang cinta mencintai dengan ruh Allah, tanpa ada hubungan kekeluargaan dan bukan kerana harta yang diidamkan. Demi Allah, sesungguhnya wajah-wajah mereka adalah cahaya, mereka berada atas cahaya. Mereka tidak takut pada saat manusia ketakutan, mereka tidak berdukacita ketika manusia berdukacita”.
alhamdulillah ameen,tima kaseh..=)
ReplyDelete