Pernahkah kita terfikir betapa beruntungnya setiap manusia di muka bumi kerana dikurniakan oleh Allah dengan nikmat yg tidak terhingga?
Nikmat bumi yg terbentang luas disertakan dengan sumber-sumber semulajadi, nikmat anggota badan yang cukup sempurna dalam membantu menjalankan tugas seharian sebagai hamba Allah, nikmat akal fikiran yang membolehkan manusia berfikir secara waras dan teratur, Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah..
Hati merupakan salah satu organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hambaNya.
Oleh itu, amat penting bagi setiap insan untuk menjaga hati daripada menjadi mati.
Apakah MAKSUD hati mati?
Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan secukupnya. Santapan rohani yang dimaksudkan ialah dengan zikrullah dan muhasabah diri.
Firman Allah bermaksud:
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'ad:28)
Apakah TANDA-TANDA hati mati?
Menurut Syeikh Ibrahim Adham,tanda-tanda hati mati ialah:
1.Mengaku mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-hakNya.
2.Mengaku cinta kepada Rasullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3.Membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum di dalamnya.
4.Memakan nikmat-nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur dengan pemberianNya.
5.Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6.Mengaku nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7.Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8.Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9.Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa keaiban diri sendiri.
10.Menghantar dan menguburkan jenazah saudara se Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran darinya.
MENGAPAkah hati menjadi mati?
~Hubbul dunia (kasihkan dunia)
~Lalai daripada zikrullah (mengingati Allah)
~Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah
Bagaimanakah untuk mengHIDUPkan hati?
~Zuhud dengan dunia
~Zikrullah
~Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah
Semoga kita dapat memperbaiki diri kita ke arah kebaikan dan mengelakkan hati daripada menjadi mati. InsyaAllah, mari kita beramai-ramai berzikrullah..(^,^)
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR..
/>
No comments:
Post a Comment