Kurma adalah sejenis tumbuhan (Palma) atau dikenali dalam bahasa saintifiknya sebagai Phonex dactylifera yang berbuah dan boleh dimakan sama ada yang masak atau yang mentah. Kebanyakan pokok kurma tumbuh di negara-negara Arab dan mempunyai berbagai-bagai jenis. Antara kurma yang terkenal ialah kurma Mekkah dan Madinah yang dikatakan mempunyai berpuluh-puluh jenis. Dikalangan penduduk di negara-negara Arab kurma adalah makanan utama mereka, malah dikalangan orang kita juga kurma sudah menjadi bahan makanan yang digemari. Selain rasanya yang manis dan tahan lama serta tidak perlu dimasak, kurma juga mempunyai khasiat yang banyak dan menjadi makanan utama Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Diriwayatkan daripada Abdullah bin Jaafar katanya : "Aku melihat Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam memakan buah-buahan dengan kurma masak.
Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam telah menyebutkan tentang khasiat sejenis kurma yang diriwayatkan oleh Imam Bukhari yang bermaksud :
"Diceritakan oleh Jumaah bin Abdullah yang disampaikan oleh Marwan yang mendapat berita daripada Ibnu Hashim bahawa Amir bin Saad mendengar bapanya meriwayatkan Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Sesiapa yang memakan 7 biji tamar ‘Ajwah’ dia akan terkawal daripada kejutan syaitan dan sihir pada hari itu".
Khasiat kurma "Ajwah" sebagaimana yang tersebut di dalam hadis di atas merupakan satu kelebihan yang dikurniakan Allah Subhanahu Wataala sesuai dengan kemuliannya sebagai jenis kurma pertama yang ditanam sendiri oleh Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam.
Terdapat juga di dalam al-Qur’an ayat yang menyatakan tentang kelebihan buah kurma ini, yang dialami oleh Sayydatuna Maryam ketika beliau mengandung Nabi Isa ‘Alaihi Salam sebagaimana tersebut di dalam surah Maryam ayat 25 :
Tafsirnya : "Dan gocangkan batang kurma itu kepadanya, nanti ia gugurkan atasmu kurma yang masak.
(Surah Maryam : 25)
Ayat di atas menjelaskan tentang khasiat buah kurma kepada kaum wanita yang sedang dalam nifas, bila mana Allah memerintahkan Maryam memakannya sedang beliau dalam keadaan lemah selepas bersalin. Penemuan kajian sains tentang khasiat buah kurma yang kaya dengan unzur zat besi dan kalsium telah membuktikan bahawa perubatan cara Islam yang terkandung di dalam al-Qur’an dan hadis Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bukanlah jenis perubatan yang semata-mata sesuai dengan keadaan iklim masyarakat Arab sahaja atau sudah ketinggalan zaman, tetapi ia adalah perubatan yang diiktiraf oleh dunia antarabangsa. Malah ia lebih baik daripada ubat-ubatan moden yang menggunakan berbagai campuran dadah yang boleh mengakibatkan kesan sampingan yang lain.
Unsur zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi Ibu-ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, maka dengan memakannya dapat menggalakkan pertambahan kandungan susu. Ianya juga berperanan dalam pertumbuhan kanak-kanak damit dan pembentukan darah dan sumsum tulang. Antara kajian lain yang dijalankan membuktikan bahawa kurma antara makanan yang paling pantas diproses sebagai bekalan tenaga. Kurma tersebut akan segera dibakar dan ia akan disalurkan ke bahagian anggota lain dan otak.
Berdasarkan ini juga Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam menganjurkan kita supaya berbuka puasa dengan buah kurma sebagaimana sabdanya daripada Anas bermaksud :
"Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam berbuka puasa dengan beberapa biji buah kurma sebelum sembahyang. Sekiranya tiada terpadat kurma, maka Baginda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam akan berbuka dengan beberapa biji anggur. Sekiranya tiada anggur, maka Baginda meminum beberapa terguk air.
(Hadis riwayat Ahmad)
Sehubungan dengan hadis ini ada beberapa hadis lain yang menganjurkan agar kita berbuka puasa dengan kurma. Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Anas bin Malik, beliau berkata : "Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasalla berbuka dengan kurma dan barangsiapa yang tidak mendapatkannya maka hendaklah ia berbuka dengan air kerana sesungguhnya air itu pembersih.
Antara hadis lain yang menyatakan kelebihan buah kurma :
Maksudnya : Daripada Adiy bin Hatim, ia berkata : "Saya mendengar Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam bersabda : "Hindarilah api neraka walaupun (dengan memberi sedekah) sebelah buah kurma.
Hadis ini menerangkan kemuliaan buah kurma, iaitu walaupun dengan hanya kita bersedekah sebelah buah kurma kita terhindar daripada api neraka.
Jadi bagi orang-orang yang mementingkan kesihatan mereka agar sentiasa dapat dijaga dengan baik, buah kurma adalah amat sesuai dijadikan sebagai salah satu makanan harian mereka khususnya di waktu pagi sebelum memulakan sebarang tugas harian. Khasiat kurma juga adalah sesuai dan baik bagi pertumbuhan kanak-kanak.
Mudah-mudahan dengan amalan memakan kurma yang berterusan, kita terhindar daripada berbagai kemungkinan dan dapat meneruskan tugas harian serta beribadat kepada Allah Subhanahu Wata’ala.
Source from http://permai1.tripod.com/kurma2.html
Tuesday, April 27, 2010
Mukhayyam 2010
Al-Islami Deena : Islam Sebagai Cara Hidup
Tarikh : 30/4-2/5
Objective - Izzah dengan Islam : Bangga Sebagai Muslim
- Ukhuwwah Sesama Peserta LillahiTaala
- Membina Kekuatkan Fizikal
- Istiqamah dalam Amalan Islam
DAY 1
6.40 pm : Bertolak ( kenderaan akan disediakan )
7.30 pm : Solat Maghrib Berjemaah
8.00 pm : Taklimat Program
8.30 pm : Solat Isyak Berjemaah
Makan Malam
9.30 pm : Night Walk
10.30 pm: Tazkirah & Sharing
11.30 pm: Bacaan Al- Mulk
11.45 pm: Hirasah
DAY 2
4.30 am : Qiamullail
6.00 am : Solat Subuh
8.00 am : Ma’tsurat & Tazkirah
8.20 am : Silent Hour ( Solat Dhuda dan Tafakur Alam)
Sarapan & Persiapan Diri
9.15 am : Taaruf
10 -12 pm: Team Ansar dari KL : Games & Talk
12-2.00 pm : Makan Tengah Hari
Solat Zohor Berjemaah
Persiapan Masuk Gua
2-5.00 pm : Masuk Gua
5.00 pm : Solat Asar Berjemaah & Ma’tsurat Petang
5.30 pm : Water Games
6.30 pm : Persiapan Diri
7.30 pm : Solat Maghrib Berjemaah
8.00 pm : Makan Malam
8.30 pm : Solat Isyak Berjemaah
9.00 pm : Pengisian
11.00 pm : Supper
11.30 pm : Bacaan Surah Al- Mulk
11.45 pm : Hirasah
DAY 3
4.30 am : Qiamullail
6.00 am : Solat Subuh
7.30 am : Ma’tsurat & Tazkirah
8.30 am : Sarapan
Bertolak balik
Menghayati Keindahan Alam Sepanjang Perjalanan Pulang
Alatan : Torch Light/Pen Torch, Barang Keperluan Diri, Kasut Bersesuaian
Yuran : RM 20.00
~Mutiara Kata~
Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.
Ikhlaslah niat hati dalam menjadikan diri agar sentiasa berada dalam penuh ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah…Allahlah sebaik-baik penjaga dan sebaik-baik penolong…Hanya pertolonganMu kami pohon Ya Allah…ameen…
Seperti FirmanNya : “Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak (Allah) Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang ( dalam hati mereka ) “
(Surah Maryam : 96)
Monday, April 19, 2010
Ukhwah Fillah..
Bersyukur padamu Ya Allah kerana memberi peluang kepada hambamu ini untuk merasai nikmat kemanisan dalam persahabatan.
Semoga kita semua terus berada di atas jalan ini untuk mendapat keredhaanNya, insyaAllah.
Menurut hadith yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, Rasulullah s.a.w. bersabda;
"Tiga macam orang yang mendapat kemanisan iman; iaitu orang yang mengasihi Allah dan Rasul-Nya melebihi rasa kasihnya kepada yang lain, yang mengasihi seseorang semata-mata kerana Allah dan yang membenci kepada kekufuran setelah ia diselamatkan dari kekufuran sama seperti dia benci untuk melompat ke dalam api."
Ukhwah fillah. (^^,)

Sunday, April 11, 2010
A Holistic Vision of Islamic Education..
Saturday, April 10, 2010
BISMI 2010
Bakti Ikhlas Siswazah Malaysia-India (BISMI) 2010 was successfully organised by Persatuan Perubatan Islam Malaysia (PPIM) Student Chapter India and CUCMS on 2th to 4th April 2010. This programme was held at Kampung Kuala Teriang, Langkawi.
Congratulation to the organizers, you guys had done a great job. We are looking forward for the next programme.
Learning points that i can conclude from this programme:
~We learned how to communicate with the patients and at the same time the techniques on how to deliver health education.
~We got to know each other better and make new friends in order to strengthen the ukhwah between Muslims.
~Allah had gave us the opportunities to learn medicine and practised it as one way to get more closer to HIM.
~We also spent the time admiring the beauty of natures created by Allah.
The beauty of nature..
Activities done by us..

Sekeping Hati..
Pernahkah kita terfikir betapa beruntungnya setiap manusia di muka bumi kerana dikurniakan oleh Allah dengan nikmat yg tidak terhingga?
Nikmat bumi yg terbentang luas disertakan dengan sumber-sumber semulajadi, nikmat anggota badan yang cukup sempurna dalam membantu menjalankan tugas seharian sebagai hamba Allah, nikmat akal fikiran yang membolehkan manusia berfikir secara waras dan teratur, Alhamdulillah syukur pada Mu Ya Allah..
Hati merupakan salah satu organ paling utama dalam tubuh manusia dan nikmat paling agung diberikan Allah. Hati menjadi tempat Allah membuat penilaian terhadap hambaNya.
Oleh itu, amat penting bagi setiap insan untuk menjaga hati daripada menjadi mati.
Apakah MAKSUD hati mati?
Hati mati kerana tidak berfungsi mengikut perintah Allah iaitu tidak mengambil iktibar dan pengajaran daripada didikan dan ujian Allah.
Hati juga mati jika tidak diberikan makanan dan santapan rohani dengan secukupnya. Santapan rohani yang dimaksudkan ialah dengan zikrullah dan muhasabah diri.
Firman Allah bermaksud:
"Iaitu orang yang beriman dan tenteram hati mereka dengan mengingati Allah. Ketahuilah! Dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang." (Surah al-Ra'ad:28)
Apakah TANDA-TANDA hati mati?
Menurut Syeikh Ibrahim Adham,tanda-tanda hati mati ialah:
1.Mengaku mengenal Allah tetapi tidak menunaikan hak-hakNya.
2.Mengaku cinta kepada Rasullah saw, tetapi mengabaikan sunnah baginda.
3.Membaca Al-Quran, tetapi tidak beramal dengan hukum di dalamnya.
4.Memakan nikmat-nikmat Allah, tetapi tidak bersyukur dengan pemberianNya.
5.Mengaku syaitan itu musuh, tetapi tidak berjuang menentangnya.
6.Mengaku nikmat syurga, tetapi tidak beramal untuk mendapatkannya.
7.Mengaku adanya seksa neraka, tetapi tidak berusaha untuk menjauhinya.
8.Mengaku kematian pasti tiba bagi setiap jiwa, tetapi masih tidak bersedia untuknya.
9.Menyibukkan diri membuka keaiban orang lain, tetapi lupa keaiban diri sendiri.
10.Menghantar dan menguburkan jenazah saudara se Islam, tetapi tidak mengambil pengajaran darinya.
MENGAPAkah hati menjadi mati?
~Hubbul dunia (kasihkan dunia)
~Lalai daripada zikrullah (mengingati Allah)
~Membanyakkan makan dan menjatuhkan anggota badan kepada maksiat kepada Allah
Bagaimanakah untuk mengHIDUPkan hati?
~Zuhud dengan dunia
~Zikrullah
~Bergaul atau berkawan dengan aulia Allah
Semoga kita dapat memperbaiki diri kita ke arah kebaikan dan mengelakkan hati daripada menjadi mati. InsyaAllah, mari kita beramai-ramai berzikrullah..(^,^)
SUBHANALLAH, ALHAMDULILLAH, ALLAHUAKBAR..
/>

Hum Saath Saath Hain 2010
"Hum Saath Saath Hain" means "We Stay Together". Interesting right?
Alhamdulillah, praise to Allah, we managed to handle the programme with muslimah Batch 21 as a warm welcoming ceremony for them to Melaka Campus, also in a way to know more each other and giving them some useful experiences about clinical life in Melaka. It was held on 25th March 2010, Thursday night at Taman Desa Baru, together with some of the muslimah from Batch 19 and 20.
The tentatives of the programme are as followed :
7.00 p.m. : Students arrival
7.30 p.m. : Maghrib prayer
8.00 p.m. : Dinner and sharing session
8.45 p.m. : Conclusion and disperse
Thanks to those who involved in making this programme as a memorable one. Jazakillah..

Subscribe to:
Posts (Atom)