Friday, August 27, 2010

Menggapai Lailatul Qadar..

Assalamualaikum..

Dengan nama Allah, segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..

Ramadhan 1431H/2010M sudah hampir tiba ke penghujungnya. Wahai muslimin dan muslimat sekalian, rebutlah pahala di sepuluh malam yang terakhir ini.

Firman Allah swt bermaksud,

“Sesungguhnya Kami menurunkan (Al-Quran) dalam malam Lailatul Qadr. Tahukah kamu apa itu malam Lailatul Qadr. Malam Lailatul Qadr lebih baik dari 1000 bulan. Malaikat dan roh turun pada malam itu dengan izin Tuhan mereka dalam semua urusan. Sejahteralah malam tersebut hingga naik fajar” (Al-Qard:1-5).

Diantara ibadah-ibadah yang boleh dilakukan ialah qiamulail, puasa fardhu, berbuka, solat Tarawih, tilawah Al-Quran, berdoa, zikir, istighfar, memuhasabah diri, merancang untuk amalan diri, keluarga, dakwah dan sebagainya. Sama-sama kita hidupkan malam-malam akhir Ramadhan dengan dengan beribadat sehabis mungkin bagi memastikan yang terbaik buat destinasi hidup kita.

Kelebihan Lailatul Qadar (^^,)

1) Malam berkat yang di turunkan padanya Al-Quran (secara sepenuhnya dari Lawh Mahfuz ke Baytil Izzah di langit dunia sebelum diturunkan kepada Nabi SAW secara berperingkat)

2) Di tuliskan pada malam tersebut "qadar" atau ketetapan bagi hidup, mati, gembira, rezeki, sihat, sakit dan apa jua berkaitan qadar manusia dan destinasi mereka pada tahun itu.

Imam Al-Qurtubi mencatatkan

قال بن عباس يحكم الله أمر الدنيا إلى قابل في ليلة القدر ما كان من حياة أو موت أو رزق

Ertinya : Berkata Ibn Abbas, Allah s.w.t menghakimi atau menentukan urusan untuk dunia apabila tibanya Laylatul Qadar, dari segala urusan tentang kehidupan (hambanya) atau kematian atau rezeki (Al-Jami Li Ahkam Al-Quran, Al-Qurtubi, 16/126)

Adakah kita sudah bersedia untuk meninggal dunia hari ini atau sebentar lagi? Adakah merasa takut untuk menunggu kehadirannya? Jika belum merasa sedia, maka apakah sebabnya? Adakah umur yag diberikan belum mencukupi, atau aqal belum sempurna berfikir untuk menyiapkan persediaan? Justeru, malam Al-Qadr boleh menjadi satu peluang dan ruang untuk berdoa memanjangkan umur dalam ibadah, amal soleh dan rezeki yang baik. Berusahalah.

3) Malam ini terlebih baik dari seribu bulan untuk beribadat.

4) Pada malam itu, turunnya para Malaikat dan Ruh (Jibrail as).

5) Malam itu juga disebutkan sebagai malam yang sejahtera.

6) Diampunkan dosa terdahulu bagi sesiapa yang menghidupkannya dengan iman, ikhlas dan mengharap redha Allah;

Tip Merebut Malam Lailatul Qadar (^,*)

  • Bersedia merebutnya dari sekarang terutama dari segi keyakinan, kesungguhan dan merancang calendar harian agar mengosongkannya untuk 10 malam terakhir.
  • Memahami bahawa walaupun ada jawatan, kedudukan dan kesibukan kita di dunia ini, tujuan utama manusia dijadikan ialah untuk beribadah kepada Allah swt dengan penuh keikhlasan, dan bersedia untuk “Hari Akhirat”.
  • Putuskan dari sekarang masjid mana yang akan kita gunakan untuk Iktikaf, siang dan malam, sama ada sebahagian atau 24 jam sehari.
  • Dapatkan teman agar sama-sama dapat melakukan ibadah tersebut secara berjemaah.
    Jika anda seorang pelajar, cuba habiskan kerja-kerja rumah atau assignments dari sekarang agar tidak tertimbun pada 10 malam terakhir Ramadan.
  • Bersedia untuk Aidil Fitri lebih awal, sebelum 10 Malam trakhir, agar kita tidak disibukkan dengsn persiapan terakhir nanti.
  • Perubahan ke arah kebaikan pada seseorang melalui pembaikan jiwa yang ada di dalam diri masing-masing. Madrasah 10 Malam terakhir Ramadan yang bakal dilalui boleh turut membantu mencapai perubahan tersebut.

Hanya beberapa hari sahaja untuk bersengkang mata dan melawan nafsu tidur dan rehat. Jika kita punyai cuti yang agak panjang sebelum raya, habiskan ia dengan bacaan Al-Quran dan fahami ertinya. Nafsu 'shopping' dan rehat pasti akan menganggu. Lawani ia, hanya beberapa hari sahaja, paling panjang 10 hari sahaja. Semoga Allah mengurniakan ketaqwaan kepada kita setelah menjalani ibadah di bulan Ramadan ini. Kita keluar darinya nanti dengan beroleh rahmah, keampunan dan selamat dari api neraka. Ameen.

Dipetik dan diedit dari:

http://www.fitrahpower.com/

http://www.iluvislam.com/

http://www.zaharuddin.net/


No comments:

Post a Comment