Dengan nama Allah, segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..
Sudah agak lama tidak kedengaran suara-suara yang melaungkan kata-kata semangat memperjuangkan kebebasan bumi Palestin. Tidak lama dahulu bunyinya seperti puting beliung yang bisa memusnahkan apa sahaja disekitarnya tetapi kalau dilihat kini impaknya hanya seperti angin yang bertiup sepoi-sepoi bahasa, sekadar memberi sentuhan luaran yang mendodoi manusia ke arah kelalaian.
Begitulah realiti kehidupan seorang manusia, mudah alpa apabila tidak diingatkan dan mudah bersikap sambil lewa apabila terlampau sibuk dengan hal-hal duniawi. Menjadi kewajiban kepada setiap inidividu Islam untuk mengambil tahu hal-hal saudara mereka. Ana mengambil kesempatan ini untuk saling ingat-mengingati di antara kita semua, juga untuk diri ana yang semakin hari semakin sibuk dengan hal duniawi.
Allah berfirman,
"Sungguh, manusia berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebaikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati dengan kesabaran."
(al-Asr:3)
Ustaz Zaharuddin pernah menulis di dalam blognya bahawa kita diberi beberapa cara untuk membantu saudara kita di Palestin. Di antaranya ialah:
- Bantuan tenaga dan diri; pergilah ke medan Palestin, sama ada untuk memberi bantuan kemanusian, perubatan, psikologi, atau sebagainya.
- Bantuan harta; bagi yang tidak mampu pergi ke sana, sumbanglah bantuan kewangan mahupun pakaian.
"Tabung Keluarga Miskin Palestin" dan "Tabung Anak-anak Yatim Palestin" juga terdapat di sini di mana orang ramai boleh menderma sambil menjalin hubungan serta mendapat maklumat-maklumat terkini tentang keluarga atau anak yatim di sana, yang mana wang mereka telah disalurkan kepada mereka. Maklumat lanjut tentang Aqsa Syarif boleh didapati daripada http://aqsasyarif.com/
Antara barangan yang dijual ialah:
Badge "I Love Palestine"
Chocholate bar
T-shirt, buku, mug, beg, stickers, dan pen
- Solat hajat; sama ada secara bersendirian ataupun berjemaah.
- Ceramah dan pameran; sama ada di peringkat sekolah, universiti, negara, dan antarabangsa.
Bersama rakan-rakan dan Kak Sumayyah
Para pelajar khusyuk membaca artikel mengenai Palestin
Info mengenai Palestin
- Penulisan; dengan menulis di blog, ruangan akhbar untuk memberi kesedaran kepada manusia sejagat.
- Boikot; barangan-barangan yang memberi sumbangan paling besar kepada Yahudi.
Barangan yang perlu diboikot
- Doa; kita juga boleh meneruskan pembacaan Qunut Nazilah dalam setiap solat fardhu.
Jangan dirasakan usaha kita sangat kerdil. Yakinilah bantuan Allah, sangka baiklah dengan Allah, nescaya Allah bersama hambaNya yang bersangka baik dan taatinya.
Sebuah hadis qudsi ada menyebut;
أنا عند ظن عبدي بي ، وأنا معه إذا ذكرني
Yang bermaksud, Allah menyebut: Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu, dan aku bersama mereka apabila mereka mengingatiKu (Riwayat Muslim).
Mari kita munasabah diri kita sendiri sambil berfikir adakah kita sudah melakukannya dan apakah cara-cara lain yang mungkin boleh kita lakukan untuk membantu saudara-saudara kita di bumi itu agar Palestin bebas satu hari ini, insyaAllah. Allahuakbar!!
No comments:
Post a Comment