Wednesday, November 21, 2012

Tentang Rasa

Dengan nama Allah, segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..

POST FINAL MBBS RESULT (MAC 2012)

Air mata berguguran taktala jari-jemariku menekan papan kekunci. Terasa ingin berkongsi tentang rasa hati hambaMu ini yang sedang berjuang melawan emosi yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Sebagai tatapan sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang amat dirindui.

Syukur padaMu Ya Allah di atas nikmat yang tidak terhingga yang dapat kurasai hingga kini, nikmat Iman dan Islam. Sentiasa dikelilingi bulatan kegembiraan dan dicurahi dengan daurah yang tidak pernah penat menerjah kehidupanku, menjadikan hatiku sentiasa basah dengan mengingatiMu Ya Allah. Aku sentiasa berdoa agar diriku dan sahabat yang dirindui terus tsabat dijalan ini. Banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan sebenarnya untuk mencapai redhaMu Ya Allah. 

Alhamdulillah,hampir 2 bulan telah berlalu sejak mendapat keputusan final exam yang lalu. Terasa seperti baru semalam berita itu sampai ke telingaku. Acap kali apabila aku terfikirkannya terdetik dalam hatiku adakah semua ini berlaku kerana kesilapan diriku? Tetapi aku tahu semua ini adalah yang terbaik untukku daripada Dia Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada hambaMu.

Semakin hari aku semakin merasakan diriku begitu kerdil di bumiMu ini Ya Allah. Aku perlu kuat untuk mengatasinya kerana Allah tahu aku mampu menghadapinya. Dan aku mula belajar erti redha yang sebenarnya dan ini pengalaman yang cukup bermakna bagiku.

Jazakumullah khairan kathira, hanya ucapan ini dan doa yang mampu ku titipkan kepada keluargaku,dan orang yang mungkin jauh tetapi sentiasa dekat di hati, Mus dan keluarga, sahabat-sahabatku, Hawariyun serta kakak-kakak naqibahku di atas segalanya.





POST FINAL EXAM HOLIDAY (SEPTEMBER-NOVEMBER 2012)
Alhamdulillah di atas segalanya Ya Allah, telah banyak yang aku belajar daripada pengalaman berharga ini. Mungkin segala apa yang berlaku sepanjang tempoh waktu yang singkat ini adalah sebagai titik tolak kepadaku untuk mendekatkan diri padaMu. Setiap hati manusia itu Allah yang pegang. Dan sekali lagi aku belajar erti redha.

Tetapi, manusia itu imannya ada naik dan ada turunnya.

Kita hanya manusia biasa, punya impian  untuk sesuatu yang indah, yang mungkin kita lihat begitu mudah untuk orang lain mengecapinya, tetapi sukar untuk kita. 

Kita hanya manusia biasa, punya perasaan untuk menyayangi dan disayangi, yang mungkin kita lihat begitu mudah untuk orang lain merasainya mahupun meluahkannya, tetapi sukar untuk kita.

KERANA KITA HANYA MANUSIA BIASA

Ingatlah bahawa Allah meninggalkan manusia dengan ayat-ayat cintaNya melalui al-Quran, kerana dengannya pasti kamu tidak akan merasa sedih lagi, dan jikalau kamu hendak berbicara dengan Allah, bangunlah menghiasi malam-malammu dengan sunat tahajud, kerana dengannya pasti kamu akan merasa kuat.

Ingatlah bahawa Allah mengurniakan manusia dengan ikatan persaudaraan yang sangat utuh iaitu ibu bapa, adik beradik, dan sahabat handai, kerana dengannya pasti kamu tidak akan merasa sunyi lagi.

KERANA KUASA ALLAH ITU LUAR BIASA

Bersyukurlah dengan apa yang kamu ada. Kamu akan merasa bersyukur sekiranya kamu fikirkan apa yang kamu ada, daripada memikirkan apa yang kamu tiada.







Kerana itu juga, ingatlah kamu tentang saudara kamu di Palestin, Syria, Rohinga, mahupun saudara Muslim di mana sahaja, yang dugaan mereka jika hendak dibandingkan dengan apa yang kita lalui, bezanya sangat besar skali. Bagaimana ahli keluarga mereka yang tercinta mungkin dibunuh setiap hari, tetapi mereka tetap berpegang teguh dengan janji Allah dan menjadikan mereka lebih kuat. Subhanallah, mari kita sama-sama mendoakan saudara kita di sana.




PRE INDUCTION (END OF NOVEMBER 2012)

Perasaan bercampur baur, gembira, takut, risau semuanya ada. Risau menantikan keputusan untuk penempatan bekerja. Gembira untuk bekerja, memberi rezeki yang halal kepada keluarga insyaAllah dan menimba ilmu yang berkat. Takut untuk bekerja, kerana perlu berurusan dengan orang sekeliling yang mungkin mempunyai 'high expectation'.

"Ya Allah, semoga Engkau redha atas segalanya dan semoga Engkau permudahkan segala urusan dunia akhirat kami, dan kami mengharapkan pengakhiran yang baik. Amin Ya Rabbal alamin. "