Wednesday, November 21, 2012

Tentang Rasa

Dengan nama Allah, segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..

POST FINAL MBBS RESULT (MAC 2012)

Air mata berguguran taktala jari-jemariku menekan papan kekunci. Terasa ingin berkongsi tentang rasa hati hambaMu ini yang sedang berjuang melawan emosi yang tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Sebagai tatapan sahabat-sahabat dan ahli keluarga yang amat dirindui.

Syukur padaMu Ya Allah di atas nikmat yang tidak terhingga yang dapat kurasai hingga kini, nikmat Iman dan Islam. Sentiasa dikelilingi bulatan kegembiraan dan dicurahi dengan daurah yang tidak pernah penat menerjah kehidupanku, menjadikan hatiku sentiasa basah dengan mengingatiMu Ya Allah. Aku sentiasa berdoa agar diriku dan sahabat yang dirindui terus tsabat dijalan ini. Banyak lagi kerja yang perlu kita lakukan sebenarnya untuk mencapai redhaMu Ya Allah. 

Alhamdulillah,hampir 2 bulan telah berlalu sejak mendapat keputusan final exam yang lalu. Terasa seperti baru semalam berita itu sampai ke telingaku. Acap kali apabila aku terfikirkannya terdetik dalam hatiku adakah semua ini berlaku kerana kesilapan diriku? Tetapi aku tahu semua ini adalah yang terbaik untukku daripada Dia Yang Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Ya Allah, berilah kekuatan kepada hambaMu.

Semakin hari aku semakin merasakan diriku begitu kerdil di bumiMu ini Ya Allah. Aku perlu kuat untuk mengatasinya kerana Allah tahu aku mampu menghadapinya. Dan aku mula belajar erti redha yang sebenarnya dan ini pengalaman yang cukup bermakna bagiku.

Jazakumullah khairan kathira, hanya ucapan ini dan doa yang mampu ku titipkan kepada keluargaku,dan orang yang mungkin jauh tetapi sentiasa dekat di hati, Mus dan keluarga, sahabat-sahabatku, Hawariyun serta kakak-kakak naqibahku di atas segalanya.





POST FINAL EXAM HOLIDAY (SEPTEMBER-NOVEMBER 2012)
Alhamdulillah di atas segalanya Ya Allah, telah banyak yang aku belajar daripada pengalaman berharga ini. Mungkin segala apa yang berlaku sepanjang tempoh waktu yang singkat ini adalah sebagai titik tolak kepadaku untuk mendekatkan diri padaMu. Setiap hati manusia itu Allah yang pegang. Dan sekali lagi aku belajar erti redha.

Tetapi, manusia itu imannya ada naik dan ada turunnya.

Kita hanya manusia biasa, punya impian  untuk sesuatu yang indah, yang mungkin kita lihat begitu mudah untuk orang lain mengecapinya, tetapi sukar untuk kita. 

Kita hanya manusia biasa, punya perasaan untuk menyayangi dan disayangi, yang mungkin kita lihat begitu mudah untuk orang lain merasainya mahupun meluahkannya, tetapi sukar untuk kita.

KERANA KITA HANYA MANUSIA BIASA

Ingatlah bahawa Allah meninggalkan manusia dengan ayat-ayat cintaNya melalui al-Quran, kerana dengannya pasti kamu tidak akan merasa sedih lagi, dan jikalau kamu hendak berbicara dengan Allah, bangunlah menghiasi malam-malammu dengan sunat tahajud, kerana dengannya pasti kamu akan merasa kuat.

Ingatlah bahawa Allah mengurniakan manusia dengan ikatan persaudaraan yang sangat utuh iaitu ibu bapa, adik beradik, dan sahabat handai, kerana dengannya pasti kamu tidak akan merasa sunyi lagi.

KERANA KUASA ALLAH ITU LUAR BIASA

Bersyukurlah dengan apa yang kamu ada. Kamu akan merasa bersyukur sekiranya kamu fikirkan apa yang kamu ada, daripada memikirkan apa yang kamu tiada.







Kerana itu juga, ingatlah kamu tentang saudara kamu di Palestin, Syria, Rohinga, mahupun saudara Muslim di mana sahaja, yang dugaan mereka jika hendak dibandingkan dengan apa yang kita lalui, bezanya sangat besar skali. Bagaimana ahli keluarga mereka yang tercinta mungkin dibunuh setiap hari, tetapi mereka tetap berpegang teguh dengan janji Allah dan menjadikan mereka lebih kuat. Subhanallah, mari kita sama-sama mendoakan saudara kita di sana.




PRE INDUCTION (END OF NOVEMBER 2012)

Perasaan bercampur baur, gembira, takut, risau semuanya ada. Risau menantikan keputusan untuk penempatan bekerja. Gembira untuk bekerja, memberi rezeki yang halal kepada keluarga insyaAllah dan menimba ilmu yang berkat. Takut untuk bekerja, kerana perlu berurusan dengan orang sekeliling yang mungkin mempunyai 'high expectation'.

"Ya Allah, semoga Engkau redha atas segalanya dan semoga Engkau permudahkan segala urusan dunia akhirat kami, dan kami mengharapkan pengakhiran yang baik. Amin Ya Rabbal alamin. "




Thursday, April 12, 2012

A Beautiful Story..

Dengan nama Allah, segala puji bagiNya Tuhan Semesta Alam..

Hidayah Allah boleh datang pada bila-bila masa sahaja, pada sesiapa sahaja yang dikehendakiNya. Yang penting apa yang perlu kita lakukan adalah sentiasa berdoa dan berusaha untuk memperolehinya disertai dengan niat semata-mata untuk mendapatkan keredhaan Allah.

There's one beautiful story i've read recently from the internet. MasyaAllah, it makes you realized how much Allah loves people who really seek Him. Allah will guide you in every single step you take in your life. We should start imagine our situation one day when we become doctors, how we would take every precious moments with the patients in a way to make us closer to Allah. InsyaAllah..


~Ihfazillah Yahfazka~

"Jagalah Allah, maka Allah akan menjagamu. Jagalah Allah nescaya engkau akan dapatinya mengukuhkanmu. Bila engkau meminta, mintalah kepada Allah, Bila engkau memohon pertolongan, mohonlah kepada Allah. Ketahuilah bahawa jika segala umat ini berkumpul untuk memberikan sesuatu yang bermanfaat bagimu atau memudaratkan bagimu, maka mereka tidak akan dapat memudaratkan kamu dengan sesuatu kecuali dengan sesuatu yang telah ditetapkan oleh Allah kepadamu."
(Hadis RIwayat al-Tirmidzi)


Saturday, April 7, 2012